Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kuala Kangsar
DOI:
https://doi.org/10.64277/554dvc79Keywords:
persepsi guru, pendidikan awal kanak-kanak, PdP, prasekolah, kualiti pengajaranAbstract
Kajian ini dijalankan bagi meneliti sejauh manakah persepsi guru prasekolah terhadap proses pengajaran serta kualiti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam konteks Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Daerah Kuala Kangsar. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap persepsi guru prasekolah terhadap PdP, menilai tahap kualiti PdP, dan (iii) mengkaji hubungan antara persepsi guru dengan kualiti PdP. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan adalah Pendekatan Kuantitatif menerusi kaedah Tinjauan Deskriptif. Seramai 53 orang guru prasekolah telah terlibat dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama, manakala data telah dianalisis dengan bantuan SPSS versi 27.0. Hasil kajian memperlihatkan bahawa tahap persepsi guru terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) berada dalam kategori tinggi (min = 4.64, SP = 0.53), dan tahap kualiti PdP turut menunjukkan skor tinggi (min = 4.63, SP = 0.52). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapatnya hubungan positif yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah dalam kajian ini iaitu (r = 0.652, p < 0.001). Kesimpulannya, guru prasekolah yang mempunyai persepsi yang positif terhadap PdP akan cenderung menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan berkualiti. Kajian ini memberi sumbangan kepada pembangunan latihan profesional serta pelaksanaan penambahbaikan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
References
Abdul Halim Masnan, A. H., Anthony, N. E., & Zainudin, N. A. S. (2019). Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah: The knowledge of teaching among preschool teachers. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 33–41. https://doi.org/10.37134/jpak.vol8.5.2019
Aquino, L. N., Mamat, N., & Che Mustafa, M. (2017). Comparing the Kindergarten Curriculum Framework of the Philippines and Malaysia. International Journal of Early Childhood Education and Care, 6, 27–40.
Badiei, M., & Sulaiman, T. (2014). The difference between Montessori curriculum and Malaysia National Preschool Curriculum on developmental skills of preschool children in Kuala Lumpur. Journal of Education, Society and Behavioural Science, 4(10), 1372– 1385. https://doi.org/10.9734/BJESBS/2014/9853
Jun Long, G. L., & Che Mustafa, M. (2020). Early childhood teachers’ perspectives on the effectiveness of teaching vocabulary through nursery rhymes. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 9–17. https://doi.org/10.37134/jpak.vol9.sp.2.2020
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) – Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Masnan, A. H., Mansor, A. N., & Anthony, N. (2021). Teachers’ knowledge about the new preschool curriculum in Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(40), 74–86.
Mustafa, L. M., Rahman, N. A. A., & Ali, F. (2021). Overview of early childhood care and education in Malaysia. Hungarian Educational Research Journal, 11(4), 396–412. https://doi.org/10.1556/063.2021.00055
Siraj, I., & Kingston, D. (2015). An independent review of the Scottish Early Learning and Childcare (ELC) workforce. UCL Institute of Education.
Tee, Y. Q., & Md Nor, M. (2018). Exploring issues on teaching and learning in Malaysian private preschools. Malaysian Online Journal of Educational Management, 6(2), 67–82. https://doi.org/10.22452/mojem.vol6no2.4