Persepsi Guru Tadika terhadap Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Muzik dalam Mengukuhkan Literasi Awal Kanak-kanak

Authors

  • Amirah Hayati Norhisam Universiti Sultan Azlan Shah Author
  • Norhidayah Azmi Universiti Sultan Azlan Shah Author
  • Haiza Hayati Baharudin Universiti Sultan Azlan Shah Author
  • Siti Nurulain Zakaria Universiti Sultan Azlan Shah Author

DOI:

https://doi.org/10.64277/xzt8qh85

Keywords:

persepsi guru tadika , muzik, literasi awal

Abstract

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk asas literasi yang kukuh, kajian menunjukkan bahawa penggunaan muzik dalam pengajaran merupakan pendekatan yang berkesan untuk meningkatkan minat dan penglibatan kanak-kanak, di samping menyokong perkembangan bahasa, kognitif, sosial, dan emosi mereka secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan menilai persepsi guru tadika terhadap keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan muzik dalam meningkatkan kemahiran membaca, menulis, dan pengenalan huruf dalam kalangan kanak-kanak tadika. Kajian ini menilai persepsi guru tadika terhadap keberkesanan pembelajaran berasaskan muzik dalam mengukuhkan literasi awal kanak-kanak. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dengan seramai 40 orang guru tadika (N = 40) terlibat. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 27.0. Dapatan menunjukkan tahap persepsi guru terhadap penggunaan muzik berada pada tahap tinggi (min = 4.63, SP = 0.56). Tahap kesedaran guru juga berada pada tahap tinggi (min = 4.34, SP = 0.59), menandakan keyakinan kukuh terhadap keberkesanan pendekatan ini. Seterusnya, tahap cabaran yang dihadapi guru berada pada kategori sederhana (min = 3.48, SP = 1.90), menunjukkan wujud variasi yang agak besar dalam kekangan pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan muzik.Analisis Korelasi Pearson mendapati nilai (r = 0.216, p = 0.180), iaitu hubungan positif yang sangat lemah dan tidak signifikan (p > 0.05). Ini menunjukkan bahawa walaupun guru mempunyai persepsi dan kesedaran yang tinggi, ia tidak memberi kesan signifikan terhadap keberkesanan pelaksanaan muzik dalam pengajaran literasi awal. Kesimpulannya, muzik mempunyai potensi sebagai alat bantu pengajaran, namun isu kekangan pelaksanaan perlu ditangani. Kajian ini memberi sumbangan kepada guru, pentadbir, dan penggubal dasar dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan muzik untuk memperkukuh literasi awal kanak-kanak.

References

Alfredo Bautistaa , Jerry Yeunga , Morgan Lisa Mclarena and Beatriz Ilarib. (2022). Music in early childhood teacher education: raising awareness of a worrisome reality and proposing strategies to move forward. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/358914669

Hallam, S. (2010). The power of music: its impact on the intellectual, social and personal development of children and young people. International Journal of Music Education, 28 (3), 269-289.

Jellision, J.A. (2015). Including everyone: Creating music classrooms where all children learn. Oxford University Press.

Julie Pallant. (2020). SPSS survival manual: A step-by-step guide to data analysis using IBM SPSS (7th ed.). Routledge. https://doi.org/10.4324/9781003117452

Luis del Barrio and Mª Eugènia Arús. (2024). Music and movement pedagogy in basic education: a systematic review. Frontiers in Education, 9, Article 1403745. https://doi.org/10.3389/feduc.2024.1403745

Mohammad Nurulanuar Hussin, Zainiah Mohamed Isa. (2022). Penerapan komponen kemahiran literasi awal dalam kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15(1), 50–57. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/download/5795/3651/37569

Rasidah Mohd Abdul Rahman, Jamilah Mohd Basir, & Azizah Zain. (2025). Pengaruh dan kesan lagu dalam pendidikan awal kanak-kanak: Kertas konsep. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 14(1), 104–118.

Sally Savage, Laura. A. Bentley, Kate. E. Williams, Cathy Nielson, Rebecca Eager. (2024). Developing Early Childhood Teacher Confidence to Implement Classroom Music and Movement Activities: Key Professional Learning Features. Early Childhood Education Journal, 53, 2275–2286. https://doi.org/10.1007/s10643-024-01737-2

Siti Nor Khalis binti Harun Narasid, Mohd Nazri bin Abdul Rahman, Noor Hanim binti Harun, Muhamad Zainal Azri bin Zulkipli. (2025). Aplikasi lagu tradisi masyarakat Orang Asli dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/388357946

TeachHub. (2024, August). Rhythm and reasoning: Music in the classroom. TeachHUB. https://www.teachhub.com/teaching-strategies/2024/08/rhythm-and-reasoning-music-in-the-classroom/

Downloads

Published

2025-09-19

How to Cite

Persepsi Guru Tadika terhadap Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Muzik dalam Mengukuhkan Literasi Awal Kanak-kanak. (2025). Proceedings of The Scientific Multidisciplinary Colloquium, 1(1), 154-162. https://doi.org/10.64277/xzt8qh85