Tahap Pengetahuan Pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Sultan Azlan Shah Mengenai Penderaan Kanak-kanak di Kuala Kangsar
DOI:
https://doi.org/10.64277/twy45630Keywords:
Pengetahuan, Persepsi, Strategi, Penderaan Kanak-kanak, Pelajar USASAbstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan dan persepsi pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Sultan Azlan Shah mengenai isu penderaan kanak-kanak di Kuala Kangsar. Tujuan kajian adalah untuk menilai tahap pengetahuan pelajar terhadap konsep dan jenis penderaan kanak-kanak. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kepentingan memahami tanda-tanda awal penderaan. Menilai strategi yang dicadangkan oleh pelajar dalam meningkatkan kesedaran tentang cara menangani penderaan kanak-kanak. Kajian ini melibatkan seramai 65 orang pelajar sebagai responden. Kaedah korelasi Spearman digunakan untuk mengukur hubungan antara persepsi pelajar dengan strategi yang dicadangkan. Hasil analisis menunjukkan pelajar mempunyai tahap pengetahuan, persepsi, dan cadangan strategi yang tinggi. Dapatan juga menunjukkan wujud hubungan signifikan antara persepsi pelajar dan strategi kesedaran yang dicadangkan bagi menangani isu penderaan kanak-kanak secara berkesan.
References
Abdullah, N., & Rahman, F. (2019). Pendidikan dan latihan dalam pengesanan penderaan kanak-kanak: Kajian dalam kalangan pelajar pendidikan awal kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak Kanak Malaysia, 9(1), 45–62.
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2023). Laporan statistik penderaan kanak-kanak Malaysia.
Retrieved from https://www.jkm.gov.my
Creswell, J. W. (2018). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods
approaches (5th ed.). Sage Publications.
Neuman, W. L. (2012). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches (7th ed.). Pearson Education.
Malaysia. (2001). Akta Kanak-Kanak 2001 (Act 611). Law of Malaysia.
Saturia Amiruddin, Norsyahida Mat Nazir, Nur Fathihah Mahadzir & Nurfatin Najeeha Hanim
Mohamed. (2025). Faktor dan kesan penderaan terhadap perkembangan sosioemosi kanak- kanak di selangor. Selangor Humaniora Review. 9 (1), 87 – 96.
Yusawinur Barella, Ana Fergina, Muhammad Khalifa Mustami, Ulfiani Rahman & Hetman M Alaitori Alajaili. (2024). Quantitative methods in scientific research. Jurnal Pendidikan Sosiologi dan Humaniora, 15 (1), 281-287.