Pengaruh Penyampaian Dialek Kelantan terhadap Perkembangan Bahasa dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah di Negeri Kelantan
DOI:
https://doi.org/10.64277/js3rbk58Keywords:
Dialek Kelantan, Perkembangan Bahasa, Kanak-kanak Prasekolah, Pendidikan Awal Kanak-kanakAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh penggunaan dialek Kelantan terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah, khususnya dari aspek pertuturan, kosa kata dan kefahaman Bahasa Melayu standard. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang melibatkan guru prasekolah dan ibu bapa di beberapa buah prasekolah di Negeri Kelantan. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis melalui analisis deskriptif serta inferensi. Hasil analisis deskriptif menunjukkan skor min keseluruhan berada pada tahap rendah hingga sederhana (min = 1.24 hingga 3.09) dengan nilai sisihan piawai kurang daripada 1.06. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara penggunaan dialek Kelantan dan perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah (r = 0.48, p < 0.01). Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan dialek Kelantan mempengaruhi sebutan dan struktur ayat kanak-kanak, di samping menyumbang kepada pengukuhan identiti linguistik dan kemahiran komunikasi sosial. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan agar pendidik prasekolah mengamalkan pendekatan seimbang antara penggunaan Bahasa Melayu standard dan dialek tempatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong perkembangan bahasa kanak-kanak secara menyeluruh.
References
Ahmad, S., & Rahman, R. (2023). Dialek dan bahasa standard: Isu dalam kalangan murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 12(1), 34–45.
Ali, R., & Hamzah, H. (2020). The impact of local dialects on dual language development among preschool children. Journal of Early Childhood Studies, 4(2), 18–28.
Fishman, J. A. (2001). Can threatened languages be saved? Reversing language shift, revisited: A 21st century perspective. Clevedon: Multilingual Matters.
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2012). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications (10th ed.). Pearson
Hassan, A., & Rahman, N. (2020). Bahasa dan dialek di Malaysia: Satu tinjauan linguistik. Jurnal Linguistik Malaysia, 8(1), 33–50.
Krashen, S. D. (1982). Principles and practice in second language acquisition. Oxford: Pergamon.
Noraini, A. R., & Jamaluddin, S. (2020). Tahap perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah dan faktor yang mempengaruhinya. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 22–31.
Nik Safiah, K. (2019). Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahmat, M. N., Zainal, A., & Aziz, N. (2021). Hubungan antara kemahiran bahasa awal dan pencapaian literasi di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 11(2), 45–56.
Rosli, M. I., Rahim, S. A., & Latiff, M. Z. (2021). Dialek tempatan dan penguasaan bahasa Melayu baku dalam kalangan murid prasekolah. Jurnal Linguistik dan Pendidikan, 3(1), 40–51