Kemahiran Kreativiti dan Estetika dalam Pembangunan Kreativiti Kanak-kanak Prasekolah
DOI:
https://doi.org/10.64277/29cja115Keywords:
Kreativiti, Estetika, Kanak-kanak PrasekolahAbstract
Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara kemahiran kreativiti dan estetika dengan pembangunan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Secara khusus, kajian ini menilai tahap kemahiran guru dalam aspek kreativiti dan estetika serta tahap pembangunan kreativiti kanak-kanak, selain meneliti sejauh mana kedua-dua elemen tersebut saling mempengaruhi. Menggunakan pendekatan kuantitatif melalui tinjauan ke atas 44 guru prasekolah, data dikumpul menggunakan soal selidik yang telah disahkan kesahan dan kebolehpercayaannya. Analisis deskriptif dan inferensi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kemahiran kreativiti dan estetika dengan pembangunan kreativiti kanak-kanak (r = 0.642, p < 0.05) iaitu pada tahap sederhana. Dapatan kajian mencadangkan pengukuhan amalan pengajaran berasaskan kreativiti dan estetika bagi merangsang imaginasi, ekspresi diri, dan pemikiran kritis murid, sekaligus menyokong usaha peningkatan pembangunan kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
References
Aziz, N. A., & Razali, N. (2020). Pengaruh kreativiti guru terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan
Hamid, M. R. A., Yusof, R., & Halim, N. D. A. (2021). Pengajaran kreatif guru prasekolah dan hubungannya dengan penglibatan murid dalam bilik darjah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia, 10(2), 45–59.
Hamzah, M. I. (2023). Persekitaran pembelajaran kreatif dalam kalangan guru prasekolah: Isu dan cabaran. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18(1), 67–78.
Ibrahim, N. H., & Ismail, Z. (2020). Penerapan nilai estetika dalam pendidikan awal kanak-kanak. Malaysian Journal of Early Childhood Education, 9(2), 21–35.
Ishak, N. M., & Ghani, M. F. A. (2019). Pembangunan potensi kreativiti melalui permainan imaginatif dalam pendidikan awal kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 12(1), 58–70.
Jasni, Z., Rahim, S. A., & Mokhtar, N. (2023). Estetika dalam pendidikan awal kanak- kanak: Satu tinjauan praktikal. Malaysian Journal of Early Childhood Education, 11(2), 88–103.
Khoo, H. E. (2003). Constructivist teaching in higher education: Considerations for teachers and students. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 11(2), 67–77.
Kerlinger, F. N., & Lee, H. B. (2001). Foundations of behavioral research (4th ed.). Harcourt College Publishers.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Neuman, W. L. (2012). Social research methods: Qualitative and quantitative approaches (7th ed.). Pearson.
Parsons, M. J. (1987). How we understand art: A cognitive developmental account of aesthetic experience. Cambridge University Press.
Rashid, N. R. N. A., & Ahmad, R. (2021). Pendekatan pembelajaran berasaskan seni dalam membina kreativiti kanak-kanak. Jurnal Kajian Pendidikan, 10(3), 42–55.
World Health Organization. (2019). Guidelines on physical activity, sedentary behavior and sleep for children under 5 years of age. WHO Press. https://www.who.int/publications/i/item/9789241550536
Zulkifli, S. N., & Halim, N. A. (2022). Tahap penerapan kreativiti dalam kalangan guru prasekolah: Kajian kes di sekolah kerajaan dan swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1), 23–35.